Initiatif penjualan Wendy's

Pada 6 Februari 2006, Wendy's International mengumumkan rancangan utamanya untuk mempertingkatkan jualannya di Amerika Syarikat. Rancangan itu merangkumi peningkatan kecekapan serta pengurangan kos melalui pelbagai langkah dalaman. Mungkinnya, perubahan terbesar yang dapat dilihat oleh pelanggannya ialah pengenalan sarapan pagi, bermula dengan restoran-restoran terpilih di Raleigh, Carolina Utara, diikuti oleh restoran yang lain pada tahun 2007. Tambahan pula, rangkaian itu merancangkan untuk memperkenalkan Frosty Vanila, serta satu barisan keluaran sandwic deli yang digelarkan Frescata, bersama-sama dengan banyak lagi tambahan menu yang lain.